Sunday, 31 July 2011

Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, bulan ramadhan menjelma lagi....

Ha... Kali ni aku nak bagi sedikit advice to all muslim and non-muslim yg ada baca blog aku ni....

Nasihat bagi umat Islam...

  1. Waktu puasa jgn tinggalkan solat fardu nanti kita cuma kelaparan shj.. Pahala, satu haprak pun takder.
  2. Bulan puasa jgn curi2 makan.. Allah tu Maha melihat!
  3. Cuba pakai tudung bawah paras dada masa bulan puasa ni...
  4. Bila pakai tudung, jgn pakai baju lengan pendek pula.. (pendek kata tutuplah aurat mu)
  5. Jom gi solat tarawikh...
  6. Bila pergi bazar ramadhan, jgn beli terover-over
  7. Bersahur dan berbukalah dengan cara yg bersederhana...
Nasihat bagi non-muslim.....

  1. Jgn makan kat depan org yg berpuasa..
  2. Jgn menunjuk-nunjuk makanan kat org yg berpuasa...
  3. Jgn belikan makanan untuk org yg  puasa..(ni mesti kes paksa ni)
  4. .... semua pasal makanan so faham-faham ajelah


Akhir sekali ampun maaf dipinta sekiranya ada silap dalam bicara

Saturday, 30 July 2011

Hari Pahlawan 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari ni nak cerita pasal budak hingusan ni.. (haha merujuk kpd keadaan aku yg x berapa sihat)

Daripada tajuk post kali ni.. sudah tentu nak cerita pasal hari Pahlawan 2011

Hmmm tapi aku x gi ke Kuala Lumpur pun.. tengok dia punya acara dari kaca tv aje…

Setinggi-tinggi penghargaan buat TV1 sebab channel ni ajelah yg paparkan acara ni.. yg lain lak tunjuk citer cartoon…

Aku sempat tengok masa yg sketsa sampai habis….
Tak sangka aku yg selalunya digelar sebagai budak takder perasaan kat sekolah mengalirkan air mata masa tengok sketsa pasal peristiwa bukit kepong..
[itu menunjukkan yg aku ada semangat patriotik yg tinggi]


Dah tengok perbarisan Polis diraja ngan laungan daulat tuanku sebanyak tiga kali…. Aku rasa cam ngantuk…

Tapi............................  mata aku terus celik bila aku dengar lagu gagah setia kat tv
 [terkenang masa perkhemahan kebangsaan PKBM]

Apa lagi terus meloncat duduk kat atas sofa…..
Tapi rupanya tu dah sampai masa penghujung acara tu….

Aku sangka yg nanti ...........dia akan paparkan tarian para.. hmm takde pon, mungkin masa sambutan merdeka kot..



Aku sangka.............................................. dia akan paparkan ...................................................Hakka



 ( haha yg tu x mungkin, kalau gi new Zealand tengok perlawanan rugby baru ada hakka)

Wednesday, 27 July 2011

Sorry...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tak lama lagi, aku kena ambil ujian pertengahan penggal 2..

Tgh sibuk sangat ngan kerja sekolah dan ulang kaji pelajaran....
Fuu buku tebal kena hafal semua...

Nanti kalau aku free (hujung minggu)....
Aku update blog aku....

Coming soon:

  • Cerita tambahan.. di sebalik pengurusan perkhemahan PKBM
  • Cerita kelakar.. Apa dia aku lak buat HAKKA????
  • Bila dah jadi senior...
  • Tips untuk belajar dan pembentangan...
  • Stress gila jadi bahagian dokumentasi
Hmm pendek kata banyak lah jugak....
So chill dan selamat berpuasa di bulan mulia..
Sekiranya ada silap dan terkasar bahasa, ampun maaf dipinta..

Hee nii lukisan yg aku buat.. kalau korang perasan.. header untuk blog ni aku guna lukisan ni lah...
[cantik??]

Sekian.. Assalamualaikum

Lawatan sambil belajar: Biology

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…..
Huu dalam post kali ni aku nak cerita pasal lawatan sambil belajar ke Zoo Negara, FRIM dan Bakaugruv.

Zoo Negara

Sebelum berlepas:
 semua gi ambil gambar kenang-kenangan kat depan sekolah.. Well cikgu nak masukkan dlm laporan biasa ah tu..
Smile..

Dalam Perjalanan:
Dah nama pun dalam bas, kita layan cerita lah apa lagi…. Hmm x silap aku cerita yg first kitaorg layan ialah karate kid (patutnya title dia kungfu kid)
Dalam bas tu kecoh yg teramat.. Nak buat mcm mana.. banyak sangat kanak2 ribena

Semua dah kecoh pasal lawatan ni

Dah lama sangat duduk dlm bas, kitaorg berhenti kat R&R.. Maklumlah perut dah berkeroncong buat lagu rock cinta crystal..
Termenung jauh.. x cukup duit nak beli makanan kot

Mcm dah lama tak menghadap nasi

Di lokasi:
Fuu  Alhamdulillah akhirnya sampai gak.. [hee rasa macam dah lama x pijak tanah]
haha tgh tengok gambar siapa tu??

Dah pakai je tket kat pergelangan tgn, kitaorg diberikan tugasan…
Kena dapatkan nama saintifik haiwan2
Yg aku x sukanya bila kumpulan aku ditugaskan untuk cari nama haiwan reptilia … REPTILIA!!! Pergh aku dah mula terfikirkan Ular yg………
Tapi sebelum tu… kitaorg gi tengok animal show…
Subhanallah dahsyat gak bila tengok aksi haiwan2 ni…
Aksi kanak2 ribena

Burung tu pantang nampak duit,,

Dah tu sambung buat kerja lah..  masa lalu je kat kawasan monyet… semuanya tau je bila nak posing..
Lepaskan aku!!!


FRIM

Perjalanan:
Tak jauh sangat daripada Zoo Negara.. tapi sebelum tu kitaorg gi super market tukar baju sebab kat FRIM nanti kena daki bukit, masuk hutan…

Lokasi:
Tunggu lama kat luar pintu masuk hutan sebab ada pengurusan.. sabojelah.
Sebelum tu kitaorg merayau kat kawasan sekitar lagi.. pastu aku Nampak ikan besar arapaima…
tgh dengar penerangan drpd ranger 


Subhanallah.. Begitu cantik ciptaan Allah..

Dah semua selesai kita off masuk hutan.. Creepy….Yg menakutkan, aku hampir terjatuh dalam gaung kat sana.. tanah nya berbecak sebab baru lepas hujan  Masa tu keadaan mcm dah nak maghrib semua nak BALIK.

BAKAUGRUV

Perjalanan:
Time ni lalu je kat terowong tu, tetiba ada traffic jam.. nak wat camne dah masuk kawasan KL.
Tersekat kat terowong tu hampir nak dekat 4 jam kot
Antara movie yg ditonton masa tu…
1.       Damping malam
2.       Ratu.. [nyampah aku tengok cerita ni]
3.       HAQ
4.       … Masa ni movie nya kejap bertukar-tukar so aku x pasti apa yg aku tengok.
Perut lapar sangat bila stop je kat Petronas.. semua mengangkut macam beli kat kedai borong..
Semua jenis keropok dibeli.. Bika, roller coaster… pendek kata SEMUANYA

Lokasi:

First event…
Sampai kat sana nak dekat pukul 12 pagi kot…  dah turun dari bas semua gi MaKaN! Pastu kemas beg…   Ingatkan dah boleh pergi tido.. tapi kena gi redah bakau malam tu gak..
First ada kena ceramah sikit pasal jln dlm gelap itulah inilah…
Masa tu aku terlewat sebab kawan aku ni ada hal… so aku pun duduk kat belakang sekali
Tapi bila nak cari ketua untuk pimpin.. semua tarik aku untuk gi kat depan.. (mentang2 aku ni berani)
Dah redah tu..Subhanallah begitu cantik sepi dan tenang keadaan awal pagi tu. Lepas tu  semua balik bilik masing2 ada yg tido.. ada lak yg gossip.. [tido pukul 3 pagi].. yg lelaki lak ada yg main gitar waktu pagi tu..

Second event…..
Alhamdulillah hidup lagi.. Bangun pagi gi solat subuh pastu masuk bilik berkemas.. sudah aje bersenam dan makan gi balik bilik semula bersiap untuk redah bakau lagi…

 Tgh dengar arahan..

 Tu dia semuanya jalan mcm main tak teh hihihi

 Kumpulan tiga: hu nasib baik tak jatuh.. aku paling x suka basah..
[haha terlalu awal untuk ko ckp tu]

Hhaha Jom kita basahkan kumpulan tiga..

Masa pagi tu lalu kat kawasan tu semua kaki asyik tersangkut ……

Dah sampai dekat ngan laut.. acara yg mesti kena buat… sapu selut kat muka.. hmm facial treatment lah kononnya…

Masa nak patah balik gi bilik, semua berhati-hati sebab ada Nampak kepala u..u..ULAR!!! tapi ular kat sini passive.. Alhamdulillah.

Dah tu tetiba cikgu kata ada pertandingan naik kayak.. ada dua kayak tapi kena muatkan 13 org? huu mencabar.

Ada tiga team …. Team ketiga Berjaya menjadi johan.. diaorg x basah pun.. huhu apa lagi aku kerahkan si mamat-mamat ni gi jatuhkan diaorg..[huu terselah kekejaman aku]

Dah tu yg lain gi terjun gak lah apa lagi. Pastu aku gi main kayak ngan kawan aku ni.. tetiba terlanggar benteng pastu terbalik… selut kat situ dalam sampai tahap paha aku..  fuuu.
Nasib baik ada gak yg tolong.. moga engkau diberkati Allah…
Dah tu semua gi siap nak balik..
Dah sampai rumah.. apa lagi semua tumbang atas katil masing2.
[nanti aku upload gambar]

Monday, 25 July 2011

Pandu Puteri=Pizza

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ni aku nak cerita aktiviti unit beruniform kat sekolah aku.... buat pizza!

Mudah je nak buat, bahan-bahannya..
Roti, sos tomato atau cili, sosej, cendawan, lada benggala, parmesan cheese, paprika dan
 bahan tambahan sendiri (terpulang nak letak apa)

Budak ni tgh nak potong bahan bahan
Cara buat..
Sapu sos pada roti pastu letak semua bahan lain pastu panaskan sehingga cheese nya mencair..
siap.. mudah betol

Ni dia tgh panaskan pizza supaya cheese nya cair

Hehe ada cerita yg kelakar dan agak kejam sebalik aktiviti ni....

Well aku ada kawan yg bernama.. gelarkan dia sebagai A ajelah.. (nak lindung aib minah tu)
Dia ni suka sangat show off kat aku..
Walaupun aku ni lahir kat N9, tapi aku jenis yg bukan mkn pedas... tengok ah jenis pedas yg mcm mana..
dulu aku makan nasi goreng yg ada cili padi aku dah x thn pedasnya.. dia lak ketawakan aku pastu ckp yg dia boleh thn pedas.. tak kira betapa pedasnya cili tu .. hmm betulker???

Maka dlm kesempatan buat pizza ni, aku buat satu pizza khas untuk dia..

Ni dia pizza khas aku buat untuk dia.. perhatikan cili yg ada kat bwah sosej tu.. fuiyyoh

Dalam tu aku ada letak cili bom yg terdapat di cameron highland.. [cili tu PEDAS!!!! siot]
Hehe aku hiris cili tu pastu letak kat dlm pizza tu..

Yg lagi satu tu pizza cendawan kawan aku.. Ha yg kat tgh tu lah cili bom yg aku maksudkan.. Panas BERAPI

Dah je aku jumpa ngan minah tu, aku pun suruh dia makan sampai habis....
Tangisan airmatanya membuatkan kemarahan aku terhadap dia sebelum ini reda.. hahaaa....
Tapi dia masih lagi show off dan kata yg dia x rasa cili tu pedas pastu dia ckp yg dia pernah mkn cili yg lebih pedas...

Masuk je kelas dia tumbang... sakit perut sebab makan cili tadi...

Pengajaran= jangan terlalu suka show off

Saturday, 23 July 2011

Perkhemahan BSMM peringkat daerah PD

assalamualaikum Dan selamat sejahtera..

Bulan jun uruskan PKBM, bulan julai uruskan BSMM pulak!!!!
Aduhai banyak tol program tahun ni,,,

Ni dia pas pegawai aku.. hmm agak simple kalau dibandingkan ngan PKBM... 

Tapi acara ni berlangsung selama tiga hari dua malam...
Aku sangka Jadualnya x padat.. Tapi sangkaan aku tu salah yg teramat.
Walaupun tiga hari tapi aktiviti dia macam untuk tiga minggu..

Tarikh: 15-17 julai 2011
Tempat: malacca bungalow

Hari pertama...
Dah sampai je terus ambil gambar.. Hmm tu lah kerja aku yg selalunya...
Tetiba Cikgu kata yg kita kerja kat luar banglo tu sebab plug Ada banyak kat luar..
Are you kidding??? Aduhai tapi alhamdulillah tukar tempat kerja dlm bilik.
Masa waktu ptg Ada perasmian pastu pasang khemah.. Malam Nya pula Ada ikhtihar hidup.. Gadget.
Dah je aku ambil gambar aku masuk bilik.. Minah2 sekalian tgh tengok citer Korea..
Dah tentu aku tukar mode jadi komander .. Mengarah dia org wat kerja...
Tu dia budak2 tgh check in... tapi nanti masuk khemah laa

 Ni lah dia melacca bungalow.. ada antenna besar...

Barisan VIP waktu perasmian

 Termenung jauh ketika ice breaking...

 Ni nak pasang khemah atau main tarik2?

Bertungkus lumus menyiapkan gadget...

Last sekali aku tido paling lewat sebab nak buat final touch kat kerja dia org ni..

Hari kedua:
Ada aktiviti kawad, memasak Dan cegah kebakaran.. Masa malam lak Ada malam kebudayaan..
Kerja kerja kerja... Dah sibuk ambil gambar..aku baru tahu yg minah2 ni x buat video untuk ditayangkan malam nanti!!!!

 Sudah aje bersenam.. kawad pula.. 

 Tgh dengar ceramah dan nasihat...

 Telur ayam.. hmm masak ker tukar jadi telur penyu???

 Masak ayam, gaya rimba.. tapi diaorg x makan pun..

Haa ni lah ayam bakar bersama kentang yg famous tu...

GRRR stress aku...
Dengan segala kudrat Dan kepakaran yg aku Ada, aku pun siapkan video tu,,,,,
Sebelum pukul lapan, ramai gak org ketuk pintu Tanya sama Ada video dah siap ke belum.. Rasa cam nak nangis je waktu tu...

Nasib baik sempat siap...
Masa nak connect aku punya laptop ngan projector, aku rasa cam nak belasah je si amoi yg tgh sambung wayar projector kat laptop aku.
Oik hang x nampak ker kat laptop aku tu x de lubang skru. Yg hang asyik tonyoh skru tu apasal.
Aku tau lah hang nak berlagak pandai tapi tolong guna otak boleh??
Yg pak cik ni lak lagi satu main tekan aje laptop tu sesuka hati kalau rosak, hang ganti baru.
(ops terover lah pula harap maaf)


[huu kenapa server ni block aku nyer video.... baru je nak tunjuk kat korang semua]


Aku sangka dah habis malam kebudayaan dah takde event, tetiba dia org gi sambung ngan buat aktiviti balutan.


 Tgh tunggu nak buat persembahan...

Barisan pelakon.. panjang sangat.. x leh ambil gambar keseluruhannya



Hari ketiga:
Alhamdulillah yeah dgn ini penderitaan aku Akan berakhir... Kot...
Anda perlu buat kerja and a di luar..WHAT!!!!!!
Semuanya ngan alasan tempat jauh maklumat sukar untuk sampai..
Huhu huuuuu T_____T nak balik....

Dah siap je semua bulletin, aku kena gi ambil gambar budak2 ni ngan hamper dia org..
Tetiba lak tak semena-mena aku kena marah sebab x bagi arahan kat budak2 ni...

sabar je lah..

Yeah balik rumah.. Home sweet home
Maklumat:masa ni aku bertugas ngan classmate aku.
Si pemadam pencil Dan yg lain x pergi sebab diaorg budak2 yg dah nak SPM

Harap maaf kalau terkasar bahasa..
Wasalamualaikum

Larian satu malaysia

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera...

Ha nilak cerita masa larian satu Malaysia kat sekolah aku....
Sebelum hari acara ni berlangsung, cikgu cari aku. Dia suruh aku jadi..... Alah.. Cam biasa jadi photographer..

Sekolah aku buat larian kat sekitar sekolah.. (masuk kawasan perumahan)....
 Lari.. lari...lari...

 Woi pagi2 ni cergas ah sikit

 rasanya lebih baik acara ni di pangging...Jalan2 Satu Malaysia

 Cikgu2 pun berlari bersama

Cikgu... ni lari ke jalan?

Haa aku lak kena ambil video guna handy cam.. Rakam budak2 ni lari ngan cikgu cikgunya sekali..

Yg dahsyat nya aku gi menumpang motor akak fatin.. Cikgu pun tumpang sekali.,
Tiga org naik satu motor,,, huuuuu memang terbaik..

 Dah sampai sekolah!!!! dapat minuman dan makan PERCUMA!!!

 Pantang nampak kamera.... semua mula berlari 

Aik dah letih ker??? Jaraknya 1.5KM je kot kalau dibandingkan ngan merentas desa 3/3/4/7/8 km.

dah habis jer larian, Ada senam aerobik..
Lepas tu Ada perlawanan futsal kat padang.

So waktu ni aku gi uruskan gambar Dan video yg telah diambil... Hmm ngan siapa lagi pemadam pensillah.

Lembab giler waktu nak download/upload video.. Satu video jer pun dah nak sampai 1.6GB..
Sememangnya TERBAIK!!!

Hakka!!!!

Assalamualaikum.. dan selamat sejahtera.

Sebelum ni aku ada kata nak cerita pasal Hakka yg terlalu panjang lebar masa kat PKBM haritu.

Meh cek habaq mai kat hangpa semua ..
(aku x pasti aku tgh guna longhat negeri mana sekarang ni maklumlah org KIEL)

Masa hari pertama kat lapang Sasar kan aku dah kata yg aku terdengar KAMATE KAMATE HORA pastu terus ambil video dia org wat benda tu. Pada waktu tu aku x tau yg diaorg panggil benda tu Hakka so kitaorg pun gelarkan aksi yg dia org buat tu sebagai KAMATE...


Kita org sangka kontingen yg buat benda ni kontingen negeri Sarawak sebab dia punya jurulatih cakap stail Sarawak.....

Selepas beberapa hari kitaorg pun gi Tanya kontingen Sarawak...
Ni lah kontingen yg kita org gi tanya.. hu tgh bersihkan senjata tu .. lupa lak nak try pegang senjata tu..

"Ermm tumpang Tanya korang ke yg buat KAMATE KAMATE hari tu???" Tanya si pemAdam pensil
"KAMATE KAMATE?? Engak tau mungkin kontingen perak " jawab si mamat ni...
"oh ok terima kasih" jawab Sam fujitaka Dan si pemadam pensil...

Haaaa pastu masa tgh buat video... Tanpa aku sedari si pemadam pencil tulis yg hakka tu dibuat oleh kontingen perak (masa tu belum pasti Sangat yg betul ke K. Perak yg buat Hakka tu)

Time sebelum malam akrab......
Cam biasa . Merayau lagi lah.. Pastu terserempak ngan ketua selangor.. ZulFadli siapa lagi..
Masa tu aku tengok muka dia rasa cam familiar.. Dah lama aku termenung baru aku teringat yg mamat nilah yg buat KAMATE KAMATE tu.....

(heee aku ni kadang2 agak pemalu so aku suruh si pemadam pencil bertanya kat team selangor semua persoalan aku ni.....)

"ermm korang ke yg buat KAMATE KAMATE tu?" Persoalan aku yg pertama...
"KAMATE KAMATE? Tu Hakka lah Wei!" jawab mamat selangor...

"korang kontingen perak ker?" yg nilak soalan drpd si pemadam pencil...
"perak? Ni selangor lah Wei!" jawab si mamat tu lagi..

"ha selangor erm sori korang sebab dlm video nanti kitaorg ada tulis yg buat hakka ni K. Perak" jawab si Pemadam pensil....

aku lak tergamam sama2 ngan budak Kontingen Selangor.
" what? did you seriously wrote that persembahan tu perak yg buat?" pertanyaan aku kepada si pemadam pensil...

haa lepas tu muka budak selangor apa lagi.... menggerunkan
So kitaorg pun minta dia org buat Hakka lagi...
(walaupun ada rasa bersalah tapi kitaorg tetap gak nak tengok hakka)

Ni dia hakka masa malam tu.. Aku terlupa nak activate night mode kat camera sebab tu gelap semacam

Dah tu apa lagi .. pecut gi HQ edit video balik.
Nasib baik sempat edit.

Masa hari last cari lagi Kontingen Selangor.. huhuhuhuhu
Tapi yg bestnya kali ni dapat tengok versi panjang Hakka selangor.
Hebat!

Hehehe video ni aku ada edit sikit ... nak tambahkan lagi kemegahan negeri Selangor...

Thursday, 21 July 2011

Perkhemahan PKBM peringkat kebangsaan 2011

Assalam.

PKBM?? Apa tu?
Itulah yg menjadi tanda tanya apabila aku mendapat tawaran drpd cikgu untuk menjadi AJK Dokumentasi.
First sekali aku x tau langsung PKBM tu apa sebab kat sek aku ni cuma ada ...

  • pengakap
  • kadet bomba
  • kadet polis
  • kadet remaja....
  • pandu puteri
  • puteri islam
  • bsmm
  • silat cekak hanafi, taekwando..(ilmu pertahanan diri) 
PKBM=Pasukan Kadet Bersatu Malaysia.
    So aku pun setuju jelah bila aku dengar keyword. 'dapat sijil'

    Tarikh: 21-27 Jun 2011
    Tempat: Lapang Sasar Menyala, Port Dickson

    Hari Pertama:
    First time aku jejakkan kaki kat dalam kawasan tentera. Semua yg aku nampak hijau aje. (bagus untuk mata)
    Masa tu Cikgu parking kereta jauh so aku ngan senior jalan kaki masuk dlm hutan tu lalu kawasan kem budak lelaki. ......Nampak agak menyeramkan. Kiteorg tertanya yg join PKBM ni lingkungan umur berapa? Sebab muka mamat2 ni nampak mcm dah dewasa giler.
    Tanpa buang masa kiteorg sampai kat bilik pemerhati a.k.a. headquarters (HQ) bahagian dokumentasi.
    Ni dia pas pegawai aku...
    Waktu perasmian aku gi ambil gambar.. Pergh banyak tol protocol yg perlu dipatuhi masa ambil gambar.
    x leh buat tu ni.. [ni nak aku ambil gambar ke x ni??]

    Pastu waktu perasmian tetiba ada BOMMMM!!!! kuat sampai bergegar tempat tu. 

    Dah je bunyi BOMM!! ada Asap pulak yg muncul.. memang TERBAIK!

    sudah aje perasmian, kiteorg ada waktu lapang so cikgu suruh kiteorg stay kat sini ambil gambar menembak.
    Sblm acara tu bermula kiteorg merayau-rayau kat sekitar kawasan tu....

    bagi kiteorg tu waktu free tapi bagi budak2 PKBM waktu tu lah diaorg ni gi buat push up, pumping dan segala bagai..

    Tetiba je kiteorg dengar ada kontingen ni .. KAMATE KAMATE HORA AH KAMATE......
    Cepat2 kiteorg pecut gi ambil video.. Seterusnya ada lah citer kelakarnya kukukukukuku..

    Ni lah Hakka Selangor tapi yg ni version pendek.. yg panjang punya untuk edisi lain.

    Dah masuk dah time menembak.
    masa ni penceramah dia bagi taklimat agak panjang. sblm kiteorg ambil gambar, banyak permission kiteorg cuba dapatkan sebab nak ambil gambar wira2 kita ni menembak.
    Pergi khemah ni pastu kena gi kat sana pastu gi jumpa org besar... [banyak tol masalahnya]
    Tapi kiteorg still berjaya ambil gambar budak2 ni menembak.

    Macam tgh menembak waktu pergi berperang lah pulak

    Lepas dah ambil gambar tetiba je hujan pula turun (rahmat Allah tu jadi jgn mengeluh pula)
    Anyway acara tetap berjalan. Kiteorg lak cabut gi HQ download gambar, charge handy cam dan laporkan maklumat yg kiteorg dpt.....
     tu dia cikgu2 tgh sibuk buat buletin harian PKBM......

    Hari kedua: 
    Tak banyak cerita agak sama mcm hari pertama sebab cikgu suruh kiteorg stay kat HQ..
    (nak wat camner aku punya lens cuma sampai 55mm jer, cikgu punya lak sampai 200mm T_T)
    At the same time ada kontinjen yg terlibat ngan merentas halangan. Pergh kepenatan dieorg ni.
    Kesian aku tengok mamat ni. dah jadi lemah longlai.

    Bagi budak yg sertai perkhemahan ni pasti semuanya citer pasal kepenatan dieorg gi panjat tu ni.. ha bahagian dokumentasi lain drpd yg lain.. Setiap kali kiteorg hantar buletin yg dah siap ada aje pembetulan kena buat. pastu waktu kiteorg gi merayau kat sekitar kawasan kem ada aje yg mintak ambil gambar. Sampai askar yg tgh makan kat dlm trak yg tgh bergerak sempat lagi suruh aku ambil gambar dia huh COBAAN.

    Pastu setiap kali waktu petang budak2 ni gi riadah macam main sepak takraw, bola jaring n sebagainya.
    Susah gak main permainan ni......

    Hari ketiga:

    Waktu ni pergi ambil gambar budak2 pergi pandu arah. Pergh semua berkonvoi gi ladang kelapa sawit. hehe first time masuk dlm kawasan kelapa sawit. selalunya drive through aje kat jln tu. Dah ambil jer gambar kat tempat permulaan kiteorg gi terus ke tempat penamat. On the way, kiteorg terpaksa lalu jln berbatu. Kereta Cikgu bukannya jenis untuk laluan camtu so lebih kurang satu jam kot duduk dlm kereta lalu kawasan tu.
    Dah sampai je kat sana kumpulan pertama yg kiteorg jumpa is kontingen Terengganu. nanana nganu kite. Pastu guru pegiring dieorg ni berpengetahuan dlm bidang camera so apa lagi bersembang lama ah cikgu2 kita ni.
    trak tentera berkonvoi......

    Kepenatan setelah berjalan dan berlari di dalam hutan nasib baik hangpa tak  sesat.

    Pastu ada budak2 yg gi melawat muzium.. [aku x gi sebab dah penat]
    bila sampai waktu petang, cerita sama ... ada riadah.....

    Hari keempat:

    Time ni ada kawad, pandu arah dan sebagainya.
    Oleh sebab aku kena bantu si pemadam pensil ngan videonya so aku pun stay lah kat HQ. Agak bosan dan kesejukkan..[pendingin hawa dia teramat sejuk]. Masa tu laptop tetiba asyik hang so aku ngan kak Fatin tengok family outing ( rancangan realiti korea)

    Kiteorg ni buat kerja sambil main, sambil makan... Yg kelakarnya waktu tu semua tgh leka ngan kerenah masing2 tetiba bila nampak je org besar kita sampai semua berlakon tgh buat kerja. huhu .
    Dah sampai waktu ptg.. Cerita sama lagi.... sukan
    aku ngan pemadam pensil bosan so kiteorg tengok budak2 ni main sambil teka yg muka dieorg ni mirip siapa??

    ada budak dari kontingen N9=rupa cam budak jepun so panggilan dia jepun
    dari kontingen sarawak= muka dia ada rupa lee chong wei
    dari kontingen yg pakai baju merah= muka cam daesung dari kumpulan big bang...

    ada banyak lagi tapi malas nak sebut.

    yg kelakarnya masa tu ada budak ni main sepak takraw pastu bola dia terkeluar dari kawasan.
    Masa dia ambik bola tu dia show off kat kitaorg yg dia boleh sepak bola tu tanpa jatuh.. mentang2 waktu tu kita org ada pegang kamera.. Sorry brader malas nak ambil gambar lah.


    Hari kelima:
    Tak banyak aktiviti tapi aku dengar dari Cikgu yg budak2 ni gi telok kemang, tanjung tuan dan banyak lagi. Wuahhh nak pergi jugak. Tapi kena tolong pemadam pensil uruskan video... dah nama pun kerja. buat ajelah
    Pastu malamnya ada malam akrab.
    Masa tu video dah nak siap....... heee cerita ni banyak pasal hakka so nanti aku post untuk edisi lain.
    Dah hantar je video tetiba dia kata video korporat tu kena ada org tgh bercakaplah  itulah inilah.. oh well baru inform camner kiteorg tau dia nak video jenis mcm tu.
    Band kor d armor buat persembahan mantap seh ngan lagu awan nano,

    Pastu kontingen lain buat persembahan gak.
    Aku letak aku punya handycam kat depan stage sambil tu gi ambil gambar budak2 yg menjadi penonton waktu tu....

     Barisan pelakon yg hebat2 belaka

     Hmm 1. 2. 3. senyum..

    X silap aku ni kontingen Selangor sebab ketua dia ada kat tepi tu.. Pantang nampak kamera semua berlakon macho.

     Wow hebat wow hebat wow wow hebat hebat yeah

    Semua berebut nak masuk kamera...

    Hari Last:
    Masa sampai je kat tempat lapang sasar tu hati aku rasa sedih sangat.. dah sampai last day dah......
    Masa ni aku ada pakai baju sweater yg ada hood.. tetiba mamat fitri (budak dokumentasi gak) dia pun pakai sweater berhood..
    Oleh sebab masa malam akrab pun aku ada pakai sweater berhood dan dia asyik tarik hood aku so aku pun balas dendam ngan menarik hood dia .. [macam budak tadika lah pulak]

    T___T  sudah aje upacara penutupan, semua gi kem masing-masing kemaskan barang.
    Aku ngan pemadam pensil merayau-rayau gi ambil gambar sambil bagi cd kat ketua kontingen.


    hihihihihi terserempak lagi ngan Ketua Kontingen Selangor siapa lagi CK/Zul Fadli.. apa lagi macam biasa...
    Boleh korang buat hakka lagi sekali?
    pasal selangor, hakka ajelah yg kiteorg cari.

    Lepas tu sambung merayau balik jumpa ngan K. Melaka.. Aduhai masa tu dieorg tgh kata "siapa yg tipu tu......."  doksah cerita hangpa semua dah tau.

    Yg K. Melaka pulak buat tarian para..... hmmm boleh tahan gak kot.
    next, kiteorg masuk kem perempuan.. kalau korang ada gi kat fan page tu tengok ah video yg dah di upload. banyak ragam betol.

    masa nak balik pulak, tetiba budak kelantan tak silap aku.. dia minta fb aku ngan pemadam pensil.
    sorang sorang dtg.

    Dah balik aje cikgu belanja kiteorg PIZZA HUT

    Disbabkan aku jenis yg dah biasa makan luar so akulah yg mengorder.
    Haritu hari Isnin so ada promosi untuk pasta, pizza chicken Hawaii dan asam boi.
    Aku minta pasta, cikgu ngan pemadam pensil mintak pizza dan chicken wings.
    Pergh diaorg makan dua slice pizza terus cakap dah kenyang..
    Tukang habis nya akulah siapa lagi.. (hehe the massive eater)

    selepas beberapa hari bila aku buka fb, ramai budak PKBM add aku..

    (nanti aku masukkan gambar.. network connection low)