Friday, 26 August 2011

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera........

Kali ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Sekiranya post sebelum ni menyentuh senstiviti mana-mana pihak...... ampun maaf dipinta

Kepada semua yang view blog aku... terima kasih sangat-sangat

Rasa terharu bila dah 200 lebih viewers .....

Apa apa pun ampun maaf dipinta terutama yang selalu jadi mangsa kekejaman aku... terflash sampai migraine teruk .....

Gambar yang diambil menimbulkan propaganda dan sebagainya......

Aku betul betul minta maaf....

Selamat menyambut Hari Raya....
Berhati-hati msa balik kampung ye

Monday, 8 August 2011

Erti Kemerdekaan


Negaraku ………
Sudah 54 tahun Engkau mencapai kemerdekaan…
Setelah begitu lama Engkau dijajah oleh anasir-anasir luar….
Kini Engkau dengan Megahnya menjadi Negara yang berdaulat…….

Para perajurit nega tercinta telah menumpahkan begitu banyak daya keringat mereka
Demi satu perjuangan……
Demi kebebasan Negara tercinta…..
Usaha mereka menampakkan hasil pabila
 Bendera Jalur Gemilang dikibarkan, Laungan kemerdekaan dilaungkan…

Merdeka! Merdeka! Merdeka!.......
Itulah laungan keramat bagi kita.. Rakyat Malaysia…..
Namun begitu, laungan tersebut hanyalah dianggap keramat bagi warga tua kita..

Anak-anak zaman sekarang seakan-akan lupa mengenai erti sebenar kemerdekaan…
Pabila sampai detik 31 Ogos, banyak yang terlibat dengan perlumbaan haram,
Berparti hingga pagi-pagi buta
Melakukan maksiat sehingga tidak ingat dunia…

Bahkan, Lagu negaraku juga dinyanyikan dengan sambil lewa….
Ada yang tidak berdiri tegak, berbual dan sebagainya…..
Jika anak muda tidak mempunyai semangat patriotik dan cinta akan Negara….
Tidak mustahil Negara kita dijajah semula anasir Jahanam..

Wahai anak muda!
Bangkitlah Engkau dari kelekaan
Bersatu padulah dan pertahankanlah kemerdekaan yg kita perolehi.

Sunday, 7 August 2011

Tips membuat presentation/ pembentangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Haa kali ni nak cerita pasal pembentangan….. [baca sampai habis.. ]

Jikalau tuan2 dan puan2 merupakan Hamba Allah yg sekelas ngan aku
maka korang mungkin ada yg perasan aku akan bermasam muka bila pembentangan berlansung……

Well the reason is this..
hangpa semua bukannya buat presentation tapi baca semula kertas mahjong/skrin

alkisah nya macam ni….
Presentation selalunya dibuat dlm kumpulan……

antara kategori yg buat aku benggang....

Yg jenis x suka keluarkan suara
 sering mengambil peluang untuk bahagian penyediaan bahan..
(nak mengelak drpd gi berucap kat depan)

Jenis yg duduk diam x buat apa2 langsung
Mereka akan mengatakan bahawa……
wei, aku nyer idea korang dah ambil aku nak kata apa lagi…..
Geng, hari ni tekak aku sakit ah
Wei aku nyer suara perlahan nanti diaorg x dengar

Jenis yg tahu cakap ….(bising waktu kelas.. tapi masa presentation…mati idea)
Ha kategori ni aku gelar sebagai ‘converter’ kerana mereka mengubah data yg terdapat pada kertas mahjong/skrin kepada bunyi….


Oklah senang cerita …. Benda yg aku ingin sampaikan is bila waktu ada presentation jgn sesekali berkelakuan mcm kategori yg telah disebutkan…..

Ha pada bulan mulia ni aku bermurah hati nak share tips ngan korang semua……

Sekiranya anda menghadapi masalah berikut…. Ni aku bagi tips jln penyelesaian

  • Takut berucap: baca doa …wahai tuhanku lapangkanlah bagiku, dadaku; dan
                        sudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
                        Supaya mereka faham perkataanku

  • Takde idea: banyakkan bacaan bahan ilmiah dan tengok berita…
(ha jgn asyik layan cerita korea ngan gosip2 artis tu)

Alasan lain untuk tak membuat presentation selalunya x munasabah….

Contohnya……
Ala.. ni baru sek men… nanti masuk U nanti ah aku presentation…

Well for your information.. masa sek men lah masanya untuk kau mula berjinak-jinak ngan presentation………

Buat masa ni kau akan ada keberanian dan selesa sebab yg menonton ko punya pembentangan is kau punya kawan yg dah lama mengenali diri Engkau wahai manusia……

Haa masuk U baru nak mula buat presentation……  
Tak tau lah apa yg akan terjadi……… [kalau trauma sangat….pengsan kot]

Hmm Ok itu sahaja daripada aku.. kalau ada apa2 soalan yg berkaitan ngan note ni… tanyala

Sunday, 31 July 2011

Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, bulan ramadhan menjelma lagi....

Ha... Kali ni aku nak bagi sedikit advice to all muslim and non-muslim yg ada baca blog aku ni....

Nasihat bagi umat Islam...

  1. Waktu puasa jgn tinggalkan solat fardu nanti kita cuma kelaparan shj.. Pahala, satu haprak pun takder.
  2. Bulan puasa jgn curi2 makan.. Allah tu Maha melihat!
  3. Cuba pakai tudung bawah paras dada masa bulan puasa ni...
  4. Bila pakai tudung, jgn pakai baju lengan pendek pula.. (pendek kata tutuplah aurat mu)
  5. Jom gi solat tarawikh...
  6. Bila pergi bazar ramadhan, jgn beli terover-over
  7. Bersahur dan berbukalah dengan cara yg bersederhana...
Nasihat bagi non-muslim.....

  1. Jgn makan kat depan org yg berpuasa..
  2. Jgn menunjuk-nunjuk makanan kat org yg berpuasa...
  3. Jgn belikan makanan untuk org yg  puasa..(ni mesti kes paksa ni)
  4. .... semua pasal makanan so faham-faham ajelah


Akhir sekali ampun maaf dipinta sekiranya ada silap dalam bicara

Saturday, 30 July 2011

Hari Pahlawan 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari ni nak cerita pasal budak hingusan ni.. (haha merujuk kpd keadaan aku yg x berapa sihat)

Daripada tajuk post kali ni.. sudah tentu nak cerita pasal hari Pahlawan 2011

Hmmm tapi aku x gi ke Kuala Lumpur pun.. tengok dia punya acara dari kaca tv aje…

Setinggi-tinggi penghargaan buat TV1 sebab channel ni ajelah yg paparkan acara ni.. yg lain lak tunjuk citer cartoon…

Aku sempat tengok masa yg sketsa sampai habis….
Tak sangka aku yg selalunya digelar sebagai budak takder perasaan kat sekolah mengalirkan air mata masa tengok sketsa pasal peristiwa bukit kepong..
[itu menunjukkan yg aku ada semangat patriotik yg tinggi]


Dah tengok perbarisan Polis diraja ngan laungan daulat tuanku sebanyak tiga kali…. Aku rasa cam ngantuk…

Tapi............................  mata aku terus celik bila aku dengar lagu gagah setia kat tv
 [terkenang masa perkhemahan kebangsaan PKBM]

Apa lagi terus meloncat duduk kat atas sofa…..
Tapi rupanya tu dah sampai masa penghujung acara tu….

Aku sangka yg nanti ...........dia akan paparkan tarian para.. hmm takde pon, mungkin masa sambutan merdeka kot..



Aku sangka.............................................. dia akan paparkan ...................................................Hakka



 ( haha yg tu x mungkin, kalau gi new Zealand tengok perlawanan rugby baru ada hakka)

Wednesday, 27 July 2011

Sorry...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tak lama lagi, aku kena ambil ujian pertengahan penggal 2..

Tgh sibuk sangat ngan kerja sekolah dan ulang kaji pelajaran....
Fuu buku tebal kena hafal semua...

Nanti kalau aku free (hujung minggu)....
Aku update blog aku....

Coming soon:

  • Cerita tambahan.. di sebalik pengurusan perkhemahan PKBM
  • Cerita kelakar.. Apa dia aku lak buat HAKKA????
  • Bila dah jadi senior...
  • Tips untuk belajar dan pembentangan...
  • Stress gila jadi bahagian dokumentasi
Hmm pendek kata banyak lah jugak....
So chill dan selamat berpuasa di bulan mulia..
Sekiranya ada silap dan terkasar bahasa, ampun maaf dipinta..

Hee nii lukisan yg aku buat.. kalau korang perasan.. header untuk blog ni aku guna lukisan ni lah...
[cantik??]

Sekian.. Assalamualaikum

Lawatan sambil belajar: Biology

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…..
Huu dalam post kali ni aku nak cerita pasal lawatan sambil belajar ke Zoo Negara, FRIM dan Bakaugruv.

Zoo Negara

Sebelum berlepas:
 semua gi ambil gambar kenang-kenangan kat depan sekolah.. Well cikgu nak masukkan dlm laporan biasa ah tu..
Smile..

Dalam Perjalanan:
Dah nama pun dalam bas, kita layan cerita lah apa lagi…. Hmm x silap aku cerita yg first kitaorg layan ialah karate kid (patutnya title dia kungfu kid)
Dalam bas tu kecoh yg teramat.. Nak buat mcm mana.. banyak sangat kanak2 ribena

Semua dah kecoh pasal lawatan ni

Dah lama sangat duduk dlm bas, kitaorg berhenti kat R&R.. Maklumlah perut dah berkeroncong buat lagu rock cinta crystal..
Termenung jauh.. x cukup duit nak beli makanan kot

Mcm dah lama tak menghadap nasi

Di lokasi:
Fuu  Alhamdulillah akhirnya sampai gak.. [hee rasa macam dah lama x pijak tanah]
haha tgh tengok gambar siapa tu??

Dah pakai je tket kat pergelangan tgn, kitaorg diberikan tugasan…
Kena dapatkan nama saintifik haiwan2
Yg aku x sukanya bila kumpulan aku ditugaskan untuk cari nama haiwan reptilia … REPTILIA!!! Pergh aku dah mula terfikirkan Ular yg………
Tapi sebelum tu… kitaorg gi tengok animal show…
Subhanallah dahsyat gak bila tengok aksi haiwan2 ni…
Aksi kanak2 ribena

Burung tu pantang nampak duit,,

Dah tu sambung buat kerja lah..  masa lalu je kat kawasan monyet… semuanya tau je bila nak posing..
Lepaskan aku!!!


FRIM

Perjalanan:
Tak jauh sangat daripada Zoo Negara.. tapi sebelum tu kitaorg gi super market tukar baju sebab kat FRIM nanti kena daki bukit, masuk hutan…

Lokasi:
Tunggu lama kat luar pintu masuk hutan sebab ada pengurusan.. sabojelah.
Sebelum tu kitaorg merayau kat kawasan sekitar lagi.. pastu aku Nampak ikan besar arapaima…
tgh dengar penerangan drpd ranger 


Subhanallah.. Begitu cantik ciptaan Allah..

Dah semua selesai kita off masuk hutan.. Creepy….Yg menakutkan, aku hampir terjatuh dalam gaung kat sana.. tanah nya berbecak sebab baru lepas hujan  Masa tu keadaan mcm dah nak maghrib semua nak BALIK.

BAKAUGRUV

Perjalanan:
Time ni lalu je kat terowong tu, tetiba ada traffic jam.. nak wat camne dah masuk kawasan KL.
Tersekat kat terowong tu hampir nak dekat 4 jam kot
Antara movie yg ditonton masa tu…
1.       Damping malam
2.       Ratu.. [nyampah aku tengok cerita ni]
3.       HAQ
4.       … Masa ni movie nya kejap bertukar-tukar so aku x pasti apa yg aku tengok.
Perut lapar sangat bila stop je kat Petronas.. semua mengangkut macam beli kat kedai borong..
Semua jenis keropok dibeli.. Bika, roller coaster… pendek kata SEMUANYA

Lokasi:

First event…
Sampai kat sana nak dekat pukul 12 pagi kot…  dah turun dari bas semua gi MaKaN! Pastu kemas beg…   Ingatkan dah boleh pergi tido.. tapi kena gi redah bakau malam tu gak..
First ada kena ceramah sikit pasal jln dlm gelap itulah inilah…
Masa tu aku terlewat sebab kawan aku ni ada hal… so aku pun duduk kat belakang sekali
Tapi bila nak cari ketua untuk pimpin.. semua tarik aku untuk gi kat depan.. (mentang2 aku ni berani)
Dah redah tu..Subhanallah begitu cantik sepi dan tenang keadaan awal pagi tu. Lepas tu  semua balik bilik masing2 ada yg tido.. ada lak yg gossip.. [tido pukul 3 pagi].. yg lelaki lak ada yg main gitar waktu pagi tu..

Second event…..
Alhamdulillah hidup lagi.. Bangun pagi gi solat subuh pastu masuk bilik berkemas.. sudah aje bersenam dan makan gi balik bilik semula bersiap untuk redah bakau lagi…

 Tgh dengar arahan..

 Tu dia semuanya jalan mcm main tak teh hihihi

 Kumpulan tiga: hu nasib baik tak jatuh.. aku paling x suka basah..
[haha terlalu awal untuk ko ckp tu]

Hhaha Jom kita basahkan kumpulan tiga..

Masa pagi tu lalu kat kawasan tu semua kaki asyik tersangkut ……

Dah sampai dekat ngan laut.. acara yg mesti kena buat… sapu selut kat muka.. hmm facial treatment lah kononnya…

Masa nak patah balik gi bilik, semua berhati-hati sebab ada Nampak kepala u..u..ULAR!!! tapi ular kat sini passive.. Alhamdulillah.

Dah tu tetiba cikgu kata ada pertandingan naik kayak.. ada dua kayak tapi kena muatkan 13 org? huu mencabar.

Ada tiga team …. Team ketiga Berjaya menjadi johan.. diaorg x basah pun.. huhu apa lagi aku kerahkan si mamat-mamat ni gi jatuhkan diaorg..[huu terselah kekejaman aku]

Dah tu yg lain gi terjun gak lah apa lagi. Pastu aku gi main kayak ngan kawan aku ni.. tetiba terlanggar benteng pastu terbalik… selut kat situ dalam sampai tahap paha aku..  fuuu.
Nasib baik ada gak yg tolong.. moga engkau diberkati Allah…
Dah tu semua gi siap nak balik..
Dah sampai rumah.. apa lagi semua tumbang atas katil masing2.
[nanti aku upload gambar]