Negaraku ………
Sudah 54 tahun Engkau mencapai kemerdekaan…
Setelah begitu lama Engkau dijajah oleh anasir-anasir luar….
Kini Engkau dengan Megahnya menjadi Negara yang berdaulat…….
Para perajurit nega tercinta telah menumpahkan begitu banyak daya keringat mereka
Demi satu perjuangan……
Demi kebebasan Negara tercinta…..
Usaha mereka menampakkan hasil pabila
Bendera Jalur Gemilang dikibarkan, Laungan kemerdekaan dilaungkan…
Merdeka! Merdeka! Merdeka!.......
Itulah laungan keramat bagi kita.. Rakyat Malaysia…..
Namun begitu, laungan tersebut hanyalah dianggap keramat bagi warga tua kita..
Anak-anak zaman sekarang seakan-akan lupa mengenai erti sebenar kemerdekaan…
Pabila sampai detik 31 Ogos, banyak yang terlibat dengan perlumbaan haram,
Berparti hingga pagi-pagi buta
Melakukan maksiat sehingga tidak ingat dunia…
Bahkan, Lagu negaraku juga dinyanyikan dengan sambil lewa….
Ada yang tidak berdiri tegak, berbual dan sebagainya…..
Jika anak muda tidak mempunyai semangat patriotik dan cinta akan Negara….
Tidak mustahil Negara kita dijajah semula anasir Jahanam..
Wahai anak muda!
Bangkitlah Engkau dari kelekaan
Bersatu padulah dan pertahankanlah kemerdekaan yg kita perolehi.
No comments:
Post a Comment